Wednesday, 23 April 2014

Resepi Kuih Ketayap

Resepi Kuih Ketayap


Bahan untuk kulit,
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
pewarna hijau

Bahan untuk inti kelapa,
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1 helai daun pandan
secubit garam

Cara Membuatnya
Untuk inti kelapa,
1. masukkan kelapa parut, gula merah, simpulan daun pandan dan secubit garam atas api sederhana.
2. gaul sehingga bercampur dan sebati selama 12-15 minit
3. angkat dan buang daun pandan tersebut.

Untuk kulit,
1. blend sekali air santan dengan daun pandan. tapiskan.
2. masukkan tepung dan garam dalam mangkuk. masukkan air yang di blend tadi. gaul sebati
3. masukkan telur dan minyak dan gaul lagi.
4. tambahkan sedikit pewarna untuk menghijaukan lagi warna kulit tersebut. (dalam 2-4 titik)
5. masak menggunakan non stick pan senipis yang boleh. jangan buat kulit ketayap terlalu tebal.
6. untuk menyediaakannya, masukkan inti atas kulit dan gulung separuh. kemudian lipat dibahagian sisi kiri dan kanan kedalam dan teruskan gulung hingga rapat.

Credit to resepi chef

Resepi Onde-onde Buah Melaka

Kuih buah melaka atau onde-onde ini di namakan kerana menggunakan gula melaka. Resepi yang senang dan ringkas.

Resepi Onde-onde Buah Melaka


Bahan-bahan
1 bungkus tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 sudu garam
½ sudu teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
Air secukupnya
2­3 keping gula melaka (dipotong dadu)
1 biji kelapa parut

Cara Membuatnya
Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna dan garam sehingga menjadi
doh.
Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengah­tengahnya.
Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan.
Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yang mendidih. Macamana nak tau da masak? Bebola timbul apabila masak. Angkat dan taburkan kelapa parut

Dah siap.Senang tak? Selamat Mencuba!!!

Thursday, 3 April 2014

Resepi Rendang Nangka

Kita selalu makan rendang ayam dan daging. Apakata kita cuba pula resepi ini.

Resepi Rendang Nangka


Bahan A
1 kg nangka muda
250g daging
1/2 cawan minyak masak
4 cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
3 keping asam gelugur
3 helai daun kunyit
garam

Bahan B (kisar)
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
20 biji cili api

Cara Membuat
Nangka dibersihkan dan dipotong kecil kemudian direbus sehingga empuk
Angkat dan toskan airnya
Masuk minyak, santan pekat, garam, nangka, daging dan asam gelugur ke dalam periuk
Masak sehingga pekat dan pastikan daging dan nagka lembut
Masukkan daun kunyit dan kerisik. Kacau sekali sekala sehingga kering dan pecah minyak
Siap!!!

Resepi Pajeri Nanas

Bilakah kali terakhir anda mencuba menu ini? Memang sedapkan?

Kami kongsikan resepinya untuk entri kali ini.

Resepi Pajeri Nanas


Bahan A
1 biji nanas masak
3 cawan santan pekat
1 inci kulit kayu manis
6 sudu makan rempah kari ikan (bancuh dengan air)
4 sudu makan minyak masak
2 sudu makan gula merah
2 sudu makan kerisik
garam

Bahan B (ditumbuk)
1 inci halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering

Cara membuat
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk, kulti kayu manis dan rempah kari yang dibancuh air
Masukkan nanas dan kerisik. Kacau rata untuk mengelakkan rempah melekat pada periuk
Masukkan santan pekat, garam dan gula merah
Masak sehingga pekat dan pecah minyak


Resepi Rebung Masak Cili Api

Sapo yang tak goma gulai ni bukanlah orang noismilan. Memang melotop gulai kalau kono cili api eh mo robong eh.

Jom kita lihat bahan-bahan untuk resepi rebung masak cili api ini.

Resepi Rebung Masak Cili Api


Bahan A
500g rebung (rendam semalaman)
200g udang
3 cawan santan pekat
2 batang serai
garam

Bahan B (kisar)
20 biji cili api
3 biji bawang merah

Cara Membuat
Rebung yang telah direndam dibersihkan dan direbus dengan garam sehingga mendidih dan lembut.
Tumis bahan B sehingga wangi dan masukkan rebung didihkan perlahan
Setelah mendidih, masukkan santan dan garam
Kacau supaya tidak pecah minyak. Apabila sudah pekat, tutupkan api
Memang terbaik kalau makan dengan nasi putih

*Udang tersebut juga boleh digantikan dengan daging salai dan isi perut

Resepi Kerabu Peria

Resepi Kerabu Peria 


Bahan-Bahan
5 biji peria katak
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
5 biji cili api
1/2 batang lobak merah
1 labu bawang besar
1 pokok daun ketumbar
3 biji limau nipis
1 sudu makan gula
garam

Cara membuatnya
Peria dihiris nipis dan direndam dalam air garam seketika dan kemudian toskan airnya
Sayuran dibersihkan dan dihiris nipis
semua bahan digaul rata dan perahkan jus limau dan masukkan garam dan gula
biarkan seketika dalam 15-20 minit
Enak di makan bersama nasi putih dan ikann bakar

Resepi Kerabu Nanas yang Legend

Kerabu Nanas yang legend. Memang terangkat kalau nanas yang manis dan cili merah yang pedas. Resepi ini memang mudah dan senang. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuat resepi kerabu nanas yang legend ini.

Resepi Kerabu Nanas yang Legend


Bahan-Bahan
1/2 biji Nanas
1 biji timun
1 labu bawang besar
3 biji cili merah
1/2 biji lada benggala hijau
2 sudu cuka makan
1 sudu teh gula
garam

Cara Membuat
Nanas dan timun dipotong kecil dan nipis
Cili merah,bawang besar dan lada benggala dihiris
gaulkan semua bahan dengan sedikit garam dan gula
gaulkan pula dengan cuka makan
Siap!!!

Selamat Mencuba!!!

Resepi Kerabu Kacang Botol

Kacang botol ke botor eh? Same je la..janji sedap kalau buat resepi kerabu ni. Simple dan cepat.

Jom kita cuba resepi klasik Kerabu Kacang botol ini.

Resepi Kerabu Kacang Botol


Bahan A
20 batang kacang botol
1 cawan kubis
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar
5 biji limau kasturi
1 sudu makan gula
garam

Bahan B (kisar)
5 biji cili mmerah
3 biji bawang merah
2 sudu makan udang kering

Cara membuat
  1. Kacang botol dan kubis dibersihkan dan dihiris (ikut suka nak tebal macamana)
  2. Masukkan bahan B, kelapa parut dan garam ke dalam kuali dan kacau sehingga kering
  3. tutup api dan gaulkan campuran di dalam kuali dengan sayuran yang telah dihiris  dan perahkan jus limau kasturi
  4. Siap!!!

Selamat Mencuba!!!

Wednesday, 2 April 2014

Resepi Klasik Rendang Tok

Resepi kali ini kami kongsikan resepi klasik daripada negeri Perak. Kami akan kongsikan resepi klasik rendang tok. Jom kita cuba!!!

Resepi Klasik Rendang Tok


Bahan A
1kg daging
2 cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa (dihiris nipis kalau suka)
3 sudu makan gula merah
3 keping asam gelugur
3 helai daun kunyit (hiris halus)
daun limau purut
garam

Bahan B (kisar)
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 tangkai cili kering
5 biji cili api
10 biji bawang merah
3 inci halia
5 batang serai
1 1/2 inci lengkuas

Cara Membuat
Tumiskan bahan B sehingga pecah minyak dan wangi
Masuk daging dan masak sehingga lembut
kemudian masukkan santan pekat,garam, gula merah, kerisik, daun limau purut, daun kunyit dan asam gelugur
masak sehingga pekat dan naik minyak

Resepi Daging Dendeng


Bahan A
1 kg daging lembu (tanpa lemak)
2 inci halia (diketuk)
3 batang serai (diketuk)
2 cawan air
garam
minyak masak

Bahan B (dikisar)
10 tangkai cili kering
15 biji cili merah
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan gula merah

Cara Membuatnya
bersihkan daging daun gaulkan dengan sedikit garam.
rebus daging tersebut dengan serai dan halia sehingga lembut
Tumbuk daging di dalam lesug supaya lebih lembut
tumiskan bahan B sehingga pecah minyak, naik bau dan wangi
Masukkan daging tadi dan biarkan seketika sehingga kering sedikit.
Rasakan garam, angkat dan hidangkan

*untuk lebih menarik taburkan kacang gajus goreng untuk menambah selera

Resepi Asam Pedas Daging

Anda pasti pernah rasa asam pedas ikan. Entri kali ini kami kongsikan resepi untuk memasak asam pedas daging pula.

Resepi Asam Pedas Daging


Bahan A
500g daging
7 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar
2 biji tomato (potong 4)
2 cawan air
1 cawan air asam jawa
minyak masak
garam

Bahan B (kisar-untuk menumis)
10 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia 3 batang serai
1 1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan (sekiranya suka)

Cara Membuat
tumis bahan yang dikisar sehingga garing,naik minyak dan bau
masukkan daging dan biarkan mereneh sehingga pecah minyak lagi
masukkan air dan air asam jawa dan biarkan mereneh
tambah garam secukup rasa
masukkan tomato dan limau purut dan biarkan mereneh seketika
siap untuk dihidangkan

Senang bukan? Selamat Mencuba!!!

Resepi Ikan 3 Rasa

Resepi ikan 3 rasa ini memang mudah. Siapa sangka menu yang selalu ditemui di kedai ini amat mudah dimasak di rumah.

Jom kita lihat resepinya

Resepi Ikan 3 Rasa


Bahan A
1 ekor ikan siakap (terpulang kepada citarasa ikan anda)
1 sudu makan tepung jagung
3 biji bawang merah (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
Minyak masak

Bahan B (untuk sos)
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan air
1 sudu teh gula

Bahan C (untuk hiasan)
1 poko daun bawang
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji tomato

Cara membuatnya
Ikan yang disalut dengan tepung digoreng hingga garing
Tumiskan bahan A sehingga garing,naik minyak dan wangi
Masukkan sos, gaul rata dan biarkan mendidih
Setelah siap, tuangkan sos di atas ikan yang digoreng dan hiaskan dengan bahan C

Resepi Cencaru Sumbat Sambal

Resepi cencaru sumbat sambal memang sedap bila dimakan dengan nasi putih dan sup sayur.

Jom kita cuba resepi ini

Resepi Cencaru Sumbat Sambal


Bahan A
2 ekor ikan cencaru
Minyak

Bahan B (kisar untuk sambal)
2 batang serai
4 biji bawang merah
6 biji cili merah
garam dan gula (secukup rasa)

Bahan C (untuk hiasan)
limau kasturi
daun salad

Cara membuatnya
  1. Siang ikan dan cuci bersih. 
  2. Belah di bahagian belakang untuk disumbat sambal
  3. Goreng ikan sehingga garing
  4. Hiaskan dengan daun salad dan limau kasturi

Selamat mencuba!!!

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Asam pedas memang resepi terkenal di Melaka, Muar dan Johor. Entri kali ini kami kongsikan resepi asam pedas ikan pari untuk anda

Resepi Asam Pedas Ikan Pari


Bahan A
500g ikan pari
10 bij ibendi
1 biji tomato (dipotong 4)
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai daun kesum
3 cawan air
3 sudu makan minyak masak
garam

Bahan B (untuk menumis-dikisar)
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Membuatnya
  1. tumiskan bahan B sehingga pecah minyak dan naik bau wangi
  2. masukkan air asam jawa bersama air dan renehkan sehingga mendidih
  3. kemudian masukkan garam, ikan, daun kesum dan bendi dan biarkan mendidih lagi
  4. masukkan tomato dan perlahankan api dan masak sehingga semua sayur lembut
  5. resepi ini enak dimakan dengan nasi putih dan telur dadar

Resepi Ayam Goreng Berempah

Siapa yang tak makan ayam goreng? Upin ipin pun minat. Resepi ayam goreng tradisional melayu untuk tatapan semua.

Resepi Ayam Goreng Berempah


Bahan A
5 ketul peha ayam
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan lada sulah
1 sudu makan serbuk cili
sedikit daun kari
garam
minyak masak untuk menggoreng

Cara Membuatnya
Gaulkan ayam dengan semua bahan A (kecuali minyak)
ayam diperap selama 1/2 jam
gorengkan ayam dengan minyak betul-betul panas
Ayam telah siap apabila kuning keemasan

Senang tak? Selamat Mencuba!!

Resepi Ayam Golek

Selalu anda makan ayam golek kat mana? Nah kami kongsikan resepi ayam golek kepada anda.

Selamat Mencuba!!!

Resepi Ayam Golek

Bahan A
1 ekor ayam
5 helai daun limau purut
3 cawan santan
3 batang serai
Garam (secukup rasa)

Bahan B (kisar-untuk menumis)
4 biji buah keras
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1/22 inci lengkuas
15 tangkai cili kering
5 biji cili api

Cara membuatnya
Panaskan ketuhar pada suhu 200c
basuh dan bersihkan ayam
tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik minyak dan wangi
seterusnya masukkan ayam, santan, garam dan daun limau purut. Masak sehingga pekat
panggang ayam di dalam ketuhar selama 30 minit
Setelah 30 minit, keluarkan ayam dan letakkan baki kuah di atas ayam sebelum menghidang

Resepi Ayam Masak Gajus

Senangnya masak resepi ayam masak gajus!!

Jom tengok resepinya...

Resepi Ayam Masak Gajus

Bahan A
600g isi ayam (potong dadu)
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh garam

Bahan B
100g kacang gajus goreng
3 tangkai cili kering
2 labu bawang besar (potong dadu kasar)
4 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia
1 biji lada benggala hijau
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
1/4 cawan air
2 sudu makan minyak masak

Cara Membuat
isi ayam digaul dengan garam dan tepung jagung
goreng ayam sehingga masak dan ketepikan
goreng lada kering dan ketepikan
kemudian tumis halia,bawang besar dan bawang putih
Masukkan lada benggala,isi ayam tadi dan dimasak bersama sos tiram, sos tomato dan sedikit air
Biarkan kering dan tutup api.
Gaulkan dengan kacang gajus yang digoreng tadi


Ads

Resepi lain

 

© 2013 Koleksi Resepi Tradisional. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top