Showing posts with label kuihmuih. Show all posts
Showing posts with label kuihmuih. Show all posts

Monday, 23 June 2014

Lepat Pisang Tradisi

Resepi mudah dan senang je kepada penggemar kuih muih tradisi. Memang sesuai untuk hidangan minum petang

Lepat Pisang Tradisi


Bahan-bahan
1 sisir pisang kapas yang ranum
400 gm tepung
100 gm gula merah
50 gm gula pasir

Cara Membuatnya
Lenyek pisang hingga lumat bersama dengan gula.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Sudukan adunan ke atas daun pisang yang telah dilayurkan.
Lipat dan kukus sehingga masak atau pun 15 minit.



Selamat Mencuba!!!

Wednesday, 23 April 2014

Resepi Kuih Ketayap

Resepi Kuih Ketayap


Bahan untuk kulit,
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
pewarna hijau

Bahan untuk inti kelapa,
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1 helai daun pandan
secubit garam

Cara Membuatnya
Untuk inti kelapa,
1. masukkan kelapa parut, gula merah, simpulan daun pandan dan secubit garam atas api sederhana.
2. gaul sehingga bercampur dan sebati selama 12-15 minit
3. angkat dan buang daun pandan tersebut.

Untuk kulit,
1. blend sekali air santan dengan daun pandan. tapiskan.
2. masukkan tepung dan garam dalam mangkuk. masukkan air yang di blend tadi. gaul sebati
3. masukkan telur dan minyak dan gaul lagi.
4. tambahkan sedikit pewarna untuk menghijaukan lagi warna kulit tersebut. (dalam 2-4 titik)
5. masak menggunakan non stick pan senipis yang boleh. jangan buat kulit ketayap terlalu tebal.
6. untuk menyediaakannya, masukkan inti atas kulit dan gulung separuh. kemudian lipat dibahagian sisi kiri dan kanan kedalam dan teruskan gulung hingga rapat.

Credit to resepi chef

Resepi Onde-onde Buah Melaka

Kuih buah melaka atau onde-onde ini di namakan kerana menggunakan gula melaka. Resepi yang senang dan ringkas.

Resepi Onde-onde Buah Melaka


Bahan-bahan
1 bungkus tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 sudu garam
½ sudu teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
Air secukupnya
2­3 keping gula melaka (dipotong dadu)
1 biji kelapa parut

Cara Membuatnya
Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna dan garam sehingga menjadi
doh.
Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengah­tengahnya.
Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan.
Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yang mendidih. Macamana nak tau da masak? Bebola timbul apabila masak. Angkat dan taburkan kelapa parut

Dah siap.Senang tak? Selamat Mencuba!!!

Ads

Resepi lain

 

© 2013 Koleksi Resepi Tradisional. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top