Wednesday 23 April 2014

Resepi Onde-onde Buah Melaka

22:31

Kuih buah melaka atau onde-onde ini di namakan kerana menggunakan gula melaka. Resepi yang senang dan ringkas.

Resepi Onde-onde Buah Melaka


Bahan-bahan
1 bungkus tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 sudu garam
½ sudu teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
Air secukupnya
2­3 keping gula melaka (dipotong dadu)
1 biji kelapa parut

Cara Membuatnya
Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna dan garam sehingga menjadi
doh.
Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengah­tengahnya.
Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan.
Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yang mendidih. Macamana nak tau da masak? Bebola timbul apabila masak. Angkat dan taburkan kelapa parut

Dah siap.Senang tak? Selamat Mencuba!!!

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Koleksi Resepi Tradisional. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top