Anda pasti pernah rasa asam pedas ikan. Entri kali ini kami kongsikan resepi untuk memasak asam pedas daging pula.
Resepi Asam Pedas Daging
Bahan A
500g daging
7 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar
2 biji tomato (potong 4)
2 cawan air
1 cawan air asam jawa
minyak masak
garam
Bahan B (kisar-untuk menumis)
10 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia 3 batang serai
1 1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan (sekiranya suka)
Cara Membuat
tumis bahan yang dikisar sehingga garing,naik minyak dan bau
masukkan daging dan biarkan mereneh sehingga pecah minyak lagi
masukkan air dan air asam jawa dan biarkan mereneh
tambah garam secukup rasa
masukkan tomato dan limau purut dan biarkan mereneh seketika
siap untuk dihidangkan
Senang bukan? Selamat Mencuba!!!
Resepi Kek Semolina
-
Nama Malaysia untuk resepi kek semolina ni kek suji. Bahan-bahan yg simple
dan senang nak dapat. Kek Semolina ni popular kat middle east dan rasanya
sangat...
0 comments:
Post a Comment