Sunday, 29 June 2014

Resepi Pulut Panggang

Pernah terfikir nak buat pulut panggang sendiri? Kami kongsikan resepi pulut panggang yang paling simple. Semoga boleh kita semua hidangkan di waktu berbuka atau bersahur

Resepi Pulut Panggang


Bahan-bahan ( anggaran untuk 15 biji kuih ):
4 cawan beras pulut
4 cawan santan
garam secukup masin
serunding daging secukupnya 

 beberapa helai daun pandan
daun pisang secukupnya 


Cara Membuatnya

 cuci beras pulut dengan air suam
masukkan santan+garam+daun pandan
tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)
bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
letak atas api dan balik2kan hingga garing
 


Makan masa panas-panas... memang best!

Tuesday, 24 June 2014

Resepi Rendang Ayam Limau Purut

Resepi rendang ayan memang 'tempting'. Nak-nak kalau makan dengan ketupat atau pun lemang. Untuk resepi kali ini kami kongsikan resepi rendang ayam limau purut. Memang senang

Resepi Rendang Ayam Limau Purut


Bahan-bahan
1 ekor ayam
10 helai daun purut
10 biji limau purut
4 inci kunyit hidup
5 batang serai
1 kg. santan pekat
1 keping asam keping
Garam,gula dan perisa


Cara Membuatnya
Ayam dipotong ikut suka. Bersih dan toskan.
Tumbuk kasar cili padi dan kunyit hidup,setelah kedua-dua bahan ini hancur,tumbuk pula sebatang sebatang sampai habis.
Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk dengan garam dan dimasak sekejab hingga ayam itu menjadi kecut.
Apabila air aytam itu kering,masukan santan pekat,bawang besar,cili besar dan daun limau purut.
Bila kuahnya agak pekat,bolehlah dihidangkan.
 


Monday, 23 June 2014

Lepat Pisang Tradisi

Resepi mudah dan senang je kepada penggemar kuih muih tradisi. Memang sesuai untuk hidangan minum petang

Lepat Pisang Tradisi


Bahan-bahan
1 sisir pisang kapas yang ranum
400 gm tepung
100 gm gula merah
50 gm gula pasir

Cara Membuatnya
Lenyek pisang hingga lumat bersama dengan gula.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Sudukan adunan ke atas daun pisang yang telah dilayurkan.
Lipat dan kukus sehingga masak atau pun 15 minit.



Selamat Mencuba!!!

Wednesday, 23 April 2014

Resepi Kuih Ketayap

Resepi Kuih Ketayap


Bahan untuk kulit,
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
pewarna hijau

Bahan untuk inti kelapa,
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1 helai daun pandan
secubit garam

Cara Membuatnya
Untuk inti kelapa,
1. masukkan kelapa parut, gula merah, simpulan daun pandan dan secubit garam atas api sederhana.
2. gaul sehingga bercampur dan sebati selama 12-15 minit
3. angkat dan buang daun pandan tersebut.

Untuk kulit,
1. blend sekali air santan dengan daun pandan. tapiskan.
2. masukkan tepung dan garam dalam mangkuk. masukkan air yang di blend tadi. gaul sebati
3. masukkan telur dan minyak dan gaul lagi.
4. tambahkan sedikit pewarna untuk menghijaukan lagi warna kulit tersebut. (dalam 2-4 titik)
5. masak menggunakan non stick pan senipis yang boleh. jangan buat kulit ketayap terlalu tebal.
6. untuk menyediaakannya, masukkan inti atas kulit dan gulung separuh. kemudian lipat dibahagian sisi kiri dan kanan kedalam dan teruskan gulung hingga rapat.

Credit to resepi chef

Resepi Onde-onde Buah Melaka

Kuih buah melaka atau onde-onde ini di namakan kerana menggunakan gula melaka. Resepi yang senang dan ringkas.

Resepi Onde-onde Buah Melaka


Bahan-bahan
1 bungkus tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 sudu garam
½ sudu teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
Air secukupnya
2­3 keping gula melaka (dipotong dadu)
1 biji kelapa parut

Cara Membuatnya
Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna dan garam sehingga menjadi
doh.
Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengah­tengahnya.
Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan.
Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yang mendidih. Macamana nak tau da masak? Bebola timbul apabila masak. Angkat dan taburkan kelapa parut

Dah siap.Senang tak? Selamat Mencuba!!!

Ads

Resepi lain

 

© 2013 Koleksi Resepi Tradisional. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top